Perkhidmatan Terjemahan

ICS menyediakan penterjemahan profesional dan khidmat pembetulan dalam pelbagai bahasa untuk syarikat-syarikat dan individu.

Kami menterjemahkan dokumen-dokumen dan laman web bagi semua sektor industri dan boleh menyediakan kandungan dalam gaya penulisan yang berbeza berdasarkan jenis pembaca yang anda inginkan.

Kami juga bekerjasama dengan pelanggan untuk menyediakan kandungan khusus kepada sesuatu negara, serta membantu untuk menyampaikan strategi pemasaran bertumpu kepada wilayah tertentu.

Pasukan profesional kami memahami bahawa pelanggan mungkin perlu menyelesaikan kerja dalam jadual yang serba ketat, maka kami boleh memberikan perkhidmatan yang fleksibel, cekap dan peribadi pada kadar yang kompetitif.